Tentang Kami
MTSFAZ โ Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor & Institusi Pendidikan Tahfiz
Tauliah Pelantikan Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor
MTSFAZ telah dilantik sebagai Penolong Amil IPIS oleh Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dengan Kod PA: 524. Sijil di bawah dipaparkan sebagai bukti pelantikan MTSFAZ; portal BayarZakat.org.my dikendalikan oleh MTSFAZ dan bukan laman atau saluran rasmi Lembaga Zakat Selangor.

Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah (MTSFAZ) merupakan SATU-SATUNYA Institusi Pendidikan Tahfiz di Gombak yang berjaya mendapat pengiktirafan dan pendaftaran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) oleh kerana pendekatan pendidikan yang bernilai tinggi dan holistik. MTSFAZ telah beroperasi sejak 2011 dan berperanan sebagai Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor semenjak 2015 lagi (Kod PA: 524). Platform BayarZakat diuruskan sepenuhnya oleh MTSFAZ dan bukan laman rasmi Lembaga Zakat Selangor; semua pembayaran zakat disalurkan ke akaun di bawah kelolaan dan audit Lembaga Zakat Selangor.
BayarZakat boleh memberi tunjuk ajar dan membantu anda menyediakan perkhidmatan taksiran untuk semua jenis zakat, memudahkan urusan pembayaran zakat & membantu anda memperoleh resit rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Zakat Selangor, yang membolehkan anda mendapat rebat cukai 100% di bawah LHDN.
Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor
Dilantik sebagai Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor. Kod PA: 524.
Sejak 2015
Lebih 10 tahun pengalaman dalam pengurusan kutipan zakat di Selangor.
Disalurkan kepada Lembaga Zakat Selangor
Semua pembayaran zakat disalurkan ke akaun Lembaga Zakat Selangor.
"MTSFAZ ditubuhkan atas visi untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi IQ, EQ, SQ dan PQ โ insan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan hafazan Al-Quran, tetapi juga berakhlak mulia dan bersedia menghadapi cabaran dunia moden."
Dr. Ariff Ariffin
Pengerusi, MTSFAZ
